UiTM DI HATIKU...

UiTM SAMARAHAN,SARAWAK...

Kuching,SARAWAK
       Assalamualaikum kepada pembaca. Kami, Aideed dan Shafiee ingin memohon maaf kepada kamu semua kerana kami lambat membuat laporan tentang UiTM Samarahan, Sarawak. Pertama sekali, kami berasa syukur kerana selamat sampai ke Sarawak. Pada tanggal 01/06/2012 , buat pertama kali saya(Aideed) menjejakkan kaki ke bumi Sarawak dan pada tanggal 02/06/2012 Shafiee pula yang menjejakkan kakinya ke Sarawak. 
Inilah dia ketika perasmian MDS.
Ezzadin dan Hafizudin rakan seperjuangan baru.





      Selepas kami sampai di Sarawak, kami pergi ke Kuching untuk menginap di sana sebelum pergi mendaftar d UiTM. Tanggal 03/06/2012 adalah tarikh kami mendaftar untuk kolej iaitu Kolej Seri Mulu yang mempunyai 6 blok. Ahmad Shafiee berada di blok 5A, no. bilik pula 5206 dan Mohammad Aideed Firdausy pula berada di blok 3A, no. bilik 3307. Bilik kami tidak seluas mana , setiap satu bilik mempunyai 4 orang.Ahmad Shafiee amat beruntung kerana mendapat roomate orang Sabah semuanya dan sama kos pula. Tidak apalah kita teruskan selepas mendaftar, kami akan mengikuti Program Minggu Destini Siswa pada jam 4ptg. Pada minggu ini tidak begitu menyeksakan seperti yang disangkakan. Kami semua di pecahkan kepada 25 kumpulan. Shafiee mendapat kumpulan yang ke-25 dan Aideed berada di kumpulan ke-10. Pada masa itulah mula program seperti Icebreaking,ceramah, pengenalan UiTM, sesi pendaftaran akademik dan yang paling best sekali adalah malam bakat siswa. Malam bakat siswa adalah persembahan dari setiap siswa dan siswa . Pada malam tersebut , memang meriah dengan lakonan , tarian, mendeklamasi sajak dan persembahan Maharaja Lawak (haha). Pada malam itulah pelawak dari siswa sandakan telah menghiburkan hati semua penonton, break dance dari sabah, cukup menghiburkan. Minggu destini kami berakhir pada tanggal 08/06/2012, begitu seronok dan memenatkan kami. Sekian dari kami.

Salam sayang dan rindu dari kami untuk keluarga Ibnu Sina/2011.