Killer week!!


Killer week!! Apa yang killer?? Minggu orientasi di KML ni yang killer hahhahaha..
Sekadar mahu share cerita kami...
Masa pertama sekali sampai ke KML, kami fikir bolehlah rilek2,, tapi hakikatnya, minggu orientasi pula terus bermula...

Dua orang jejaka terhangat dari Sandakan...

Ni geng2 lelaki....


Seperti yang aku telah jangkakan konfom ada "penyeksaan" yang akan dilakukan.. Hahahha. First night of orientation,, kena denda duduk mencangkung sambil gigit kad matrik....
 Lepas tu,, time tido pula, jam 11.30 bru samapai kat hostel, jam 12 tido then jam 4 kena bangun!!! Kalau tak bangun kena jerit... Inisiatf kami untuk kurangkan mengantuk... tido masa kuliah subuh... ahhahaha

Setiap hari kami mesti kena denda oleh fasi2... satu orang yang buat salah,, semua akan kena denda..
Kami pelajar lelaki paling manang! Semua sepakat... Kena denda? Dendalah!! Kami buat jak.. Hahahahah... Kami di sini alhamdulilah pelajar2nya sporting....

Well,, orientasi kami berlangsung selama 5 hari 4 malam... Tadi (25/5) adalah hari terakhir orientasi...
Jika semasa orinetasi kami kena denda dek para fasi... Time hari terakhir pula kami "balas" balik kat para fasi hahahha....
Apapun minggu orientasi kat sini memang mencabar fizikal & mental lah... Banyak pelajar yang pengsan...
Walaubagaimanapun banyak benda yang aku pelajari pada minggu orientasi ini,, antaranya :
1. Sabar
2. Sepakat
3. Ketepatan masa
4. Kekuatan fizikal

Bha tu jak lah.. Assalamualaikum =)


by ; Syafiq Al-Aqsza

Kolej Matrikulasi Labuan

Sampai Dah =)



Alhamdulillah hari ini ( 21/5/2012 ) saya, Afiq Iskandar,Zulhusni  Zaid, Iqtizam, Aisyah, Safura, Darliana, Nur Syazana, Amanina, Lisa wati dan juga Suhaila telah mendaftar sebagai Pelajar Kolej Matrikulasi Labuan..

Apa yang kami rasa semasa pendaftaran?? Nah, rasa penat yang teramat… Tapi nasib baik tiada masalah.. Selepas pendaftaran, kami menuju ke bilik asrama masing-masing. Yang lelaki kami terpaksa tinggal berasingan.. Saya sendiri bilik tingkat 4 no 5 Blok E, Afiq bilik tingkat 4 no 7 Blok E (berjiran jak), Zulhusni bilik tingkat 4 no 3 blok F.

^ Afiq sedang mengemas barang =)

^ bilik si Syafiq....

^ hiasan dari lepasan matrik yg terdapat di bilik Afiq..

Minggu ini juga bermulanya minggu pengurusan pelajar baru… Yang mana program tersebut bermula pada hari ini jam 4… Apa yang boleh kami katakan, penat  tetap  penat… Tapi perjuangan tak boleh dilupakan..
Sekian sahaja laporan hari ini..


Syafiq Al-Aqsza.
Kolej Matrikulasi  Labuan.

18 Mei 2012 - Bermulanya Perjuangan Saudaraku Di Kolej Matrikulasi


testing . . . 

ok . Saya Mohd Norhisham b. Mohd Alaudin , gengsina batch 2011 ingin melaporkan bahawa hari ini 18/5/2012 , Mohd Syafiq Al-Aqsza , Zulhusni Zaid Jamaluddin dan Muhd Iqtizam Zainuddin telah pun berangkat ke Kota Kinabalu dan seterusnya ke Kolej Matrikulasi Labuan . Afiq Iskandar Mohd Roslee pula akan menyusul mereka pada 20/5/2012 nanti. Menurut rakan kita , Ahmad Shafiee Harfin , Saudara Syafiq dan Zulhusni sempat menitiskan air mata sebelum meninggalkan Sandakan . Jangan bersedih wahai kawan , jika umur panjang dan diizinkan oleh-Nya , kita akan berjumpa lagi . InsyaAllah Aidilfitri akan datang . Setiap yang bertemu pasti akan berpisah . Semua kenangan kita akan tersimpan dalam memori .

.:: MOHD NORHISHAM ::.

Tentang Kami - Avicena's batch 94

~Assalamualaikum ~

Alhamdulilah, blog kami telah berjaya direka. Kami merupakan alumni pelajar kelas Ibnu Sina batch 94 di SMK Elopura 2. Mula bergelar pelajar Ibnu Sina pada tahun 2009 semasa tingkatan 3.

Pencapaian yang telah dicapai :
  1. PMR - Peningkatan peratus yang tinggi berbanding tahun sebelumnya.
  2. SPM - Juga peningkatan peratus yang tinggi berbanding tahun sebelumnya.
  3. Selepas SPM - Masing-masing dapat menyambung pelajarn. Ada yang di matrikulasi, diploma dan pra-U form 6.
InsyaAllah misi kami yang seterusnya adalah meneruskan perjuangan dalam bidang ilmu di peringkat tertinggi dan dapat mencapai cita-cita masing-masing =)

Sekian..


By : Syafiq Al-Aqsza..